PENGENALAN


Program 3R ini merupakan program wajib IKRAMTeens di seluruh negeri saban tahun. Dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai konsep dan pembangunan remaja sebagai tema utama, 3R akan diaturkan dengan sebaik mungkin bagi mencapai objektif-objektif seperti yang telah digariskan. Bagi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT, masjid adalah merupakan tempat yang paling strategik sekali. Program 3R ini  terbuka kepada  semua remaja yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang serba mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
2. Memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
3. Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
4. Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
5. Menyelami sejarah islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.


TEMA

" Ramadhan... Menyegarkan..."

No comments:

Post a Comment